Anwar

Semua pihak berkepentingan dilibatkan bagi merakyatkan pelan struktur perumahan dan kehijauan – PM Anwar

Peranan Badan Bukan Kerajaan NGO, ahli politik, aktivis masyarakat dan beberapa pihak berkepentingan lain perlu dilibatkan dalam merangka sebarang bentuk Pelan Struktur Pembangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bertepatan dengan prinsip tata kelola penyampaian perkhidmatan awam dan kerangka Malaysia Madani.

“Yang kita masukkan beberapa penekanan ini termasuk isu merakyatkan mana-mana pelan struktur daripada segi perumahan dan kehijauan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Peluncuruan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau, dalam setiap perancangan pembangunan, ia mesti mengutamakan keselesaan rakyat termasuk peniaga kecil.

Ujar Anwar, pendekatan kerajaan kini selain memacu pertumbuhan ekonomi, aspek pembangunan manusiawi juga turut ditekankan.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar mahu tahap kecekapan pegawai kerajaan dipertingkat bagi mempercepatkan pelaksanaan projek pada masa depan.

Beliau menjelaskan, perkara itu penting bagi memastikan tidak ada projek-projek yang telah diluluskan lewat dilaksanakan.

Anwar turut meminta agar projek-projek yang diluluskan perlu dikemas kini dalam masa dua minggu.

“Kita ada mesyuarat sebentar tadi dan saya minta supaya perkara-perkara yang kita rujuk perlu dikemas kini dalam masa dua minggu.

“Maksudnya projek-projek yang telah diluluskan itu dalam masa dua minggu ada kemas kini, kalau tidak ada yang dibenamkan,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button