Bekas vokalis Jinbara meninggal dunia
Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia, 53, menghembuskan nafas terakhirnya pukul 9.17 malam tadi akibat kanser hati.
Berita pemergian Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria disahkan isterinya, Suzan Ahmad seperti dilapor media.
“Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
“Saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” katanya dipetik.
Sebelum ini, Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.
Beliau kemudian disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.
BACA LAGI: PM Anwar sampaikan sumbangan buat Ibnor Riza, pelakon Fuziah Samad
Suzan sebelum ini menyatakan hasrat mencari alternatif rawatan pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.
“Menerima berita sedih. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tia, bekas vokalis kumpulan Jinbara, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.
“Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian iniā¦.Al-Fatihah,” ucapnya.