Sukan

MotoGP: Domok mahu beri aksi terbaik di Sepang

Pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023, hujung minggu ini.

Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Domok dikalangan peminat sukan lumba motor berkata, tumpuannya dan pasukan kini terarah kepada persiapan jentera supaya berada dalam keadaan terbaik sesuai dengan cuaca.

Menjangkakan saingan bakal berlangsung dalam cuaca hujan, beliau menyifatkan situasi itu akan memberi kelebihan kepadanya dan pelumba Asia lain.

“Ada kelebihan apabila hujan untuk pelumba Asia, jadi saya perlu fokus lagi untuk mencari ketetapan jentera yang lebih baik.

“Harapan saya untuk berada dalam kumpulan hadapan sebab saya sudah banyak kali berlumba di trek Sepang. Saya yakin pasukan saya akan beri 100 peratus untuk capai keputusan yang baik,”

“Saya perlu persiapkan perkara itu lebih awal bagi membolehkan saya bersaing meraih podium kalau hujan hujung minggu ini,” katanya.

BACA LAGI : Helmi Azman mahu segera sesuaikan diri dengan jentera Moto2

Domok yang beraksi bersama pasukan MT Helmets-Msi itu ditemui selepas sesi temu mesra di Dewan Filharmonik Petronas di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sesi temu mesra itu turut disertai pelumba lain seperti Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo, Jorge Martin (Pramac Racing) dan Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing).

Related Articles

Back to top button