Anwar

PM Anwar solat Jumaat di Hospital Sultan Idris Shah bersama 500 jemaah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat, di Musolla Asy Syafi, Kuarters Hospital Sultan Idris Shah di Serdang, Selangor.

Ia merupakan solat Jumaat pertama yang diadakan di musolla ini sejak dibina bagi kemudahan petugas dan pengunjung hospital.

Anwar yang tiba kira-kira 1.05 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, warga Hospital Serdang serta jemaah yang lain.

Solat Jumaat yang turut dihadiri kira-kira 500 jemaah itu dipimpin oleh imam jemputan dari Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, Ustaz Muhammad Ali Mohd Yunus.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa menjamu selera makan tengah hari dan beramah mesra bersama jemaah yang hadir.

Related Articles

Back to top button