Hafizh Syahrin umum perkembangan bersama JDT minggu depan
Bekas pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team minggu depan.
Hafizh yang ditemui pemberita si majlis pelancaran produk baharu oleh Racing Boy (RCB) bersempena Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang pada Jumaat berkata, pihaknya masih dalam proses memuktamadkan masa depannya bersama JDT Racing Team, termasuk perancangan bagi mengharungi Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
“Berkemungkinan besar minggu hadapan akan umum perkembangan baharu dari segi projek (bersama JDT Racing Team).
“Besar atau tidak (projek) kita tunggu dahulu. Saya tahu ramai media tunggu perkembangan saya dan mereka,” jelasnya.
BACA LAGI: MotoGP: Domok mahu beri aksi terbaik di Sepang
Hafizh Syahrin pernah beraksi selama lapan musim dalam saingan MotoGP termasuk untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.
Untuk musim 2024, Hafizh beraksi dalam saingan kelas Superbike bersama pasukan pasukan MIE Racing di kejuaraan World Superbike Championship (WSBK).
Bulan lepas, JDT mengesahkan akan terus melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama Hafizh Syahrin, bermula tahun depan.
Sementara itu, Hafizh berkata, menyedari JDT sebagai satu jenama sukan tempatan yang berjaya dalam negara, berkata, beliau tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut dengan ‘mengaum’ pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.