Negeri

101 projek perumahan terbengkalai di Selangor berjaya diselesaikan

Kerajaan Negeri Selangor komited mengatasi masalah projek terbengkalai di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor menerusi Jawatankuas Pemulihan Projek Terbengkalai telah menunjukkan kejayaan membanggakan dalam usaha itu.

Jelasnya, sejak 2007 sebanyak 101 projek bermasalah telah diselesaikan dengan melibatkan 39,476 unit rumah.

“Sehingga kini, 178 projek terbengkalai melibatkan 36,342 pembeli telah direkodkan dan sejak 2007, Kerajaan Negeri menyelesaikan 101 projek rumah melibatkan 39,476 unit rumah.

“Sebanyak RM18 juta diperuntuk ke dalam Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai Selangor bagi merancakkan usaha pemulihan projek terbengkalai,” katanya.

Sementara itu tambahnya, sebanyak RM11.4 juta dibelanjakan bagi membaik pulih infrastruktur kedua-dua kawasan itu demi kemudahan dan keselesaan penduduk.

Manakala kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan dan KerajaanTempatan (KPKT) bagi memulihkan tiga projek bernilai RM7.25 juta di Taman Meru Makmur dan Pangsapuri Impian Meru di Klang.

BACA LAGI: Selangor lunas lima manifesto dalam tempoh kurang 100 hari pentadbiran

Sementara itu, sebagai sebahagian usaha memastikan rakyat Selangor dapat memiliki rumah, kerajaan negeri pada awal tahun ini mengumumkan Insentif Rumah Selangorku 3.0

Dasar baharu yang berkuat kuasa pada 3 Januari lalu itu menjadi inspirasi kerajaan negeri dalam menawarkan pilihan baharu bagi projek Rumah Selangorku dengan sasaran 60,000 unit bakal ditawarkan menjelang 2025.

Related Articles

Back to top button