Sukan

Real Madrid tewaskan Valencia 5-1 pada aksi La Liga

Dua jaringan daripada ‘duo’ Brazil, Vinicus Jr dan Rodrygo menyaksikan Real Madrid menewaskan Valencia 5-1 pada aksi La Liga semalam (Sabtu).

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Bernabeu itu, tuan rumah, Real Madrid menbuka tirai jaringan menerusi pertahanannya, Dani Carvajal melalui sepakan separuh voli yang menarik pada minit ke-3 permainan.

Tuan, rumah, Real Madrid dilihat menguasai babak awal pertengahan dengan percubaan-percubaan menarik, namun gagal menerjah gawang Valencia.

Pasukan pelawat, Valencia turut mendapat dua peluang bagi menjaringkan gol namun dihampakan oleh kecemerlangan penjaga gol Real Madrid, Andriy Lunin.

Vinicius dan Rodrygo yang kerap kali menghadirkan ancaman kepada pertahanan Valencia menghasilkan beberapa percubaan bagi menggandakan jaringan buat Real Madrid.

Usaha tersebut membuahkan hasil Vinicius berjaya menggandakan jaringan bagi menjarakkan kedudukan 2-0 pada minit ke-42.

Gol tersebut berpunca hasil hantaran Rodrygo, yang kemudian disudahkan oleh Vinicius menerusi tandukan mudah ke penjuru kanan gawang Valencia.

Bersambung ke babak kedua, Vinicius sekali lagi mempamerkan kelincahan dan ketajaman penyudah menerusi gol ketiga hasil rembatan jarak dekat setelah memperdayakan dua pertahanan Valecia pada minit ke-49.

Rodrygo turut memahatkan nama selaku penjaring gol Real Madrid apabila memanfatkan kesilapan mudah penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili yang gagal menghantar bola dengan baik kepada rakan sepasukannya pada minit ke-50.

Rodrygo sekali lagi menjadi ‘duri dalam daging’ buat Valencia apabila sekali lagi menjaringkan gol selepas menggelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan di penjuru kiri gawang Valencia pada minit ke-84.

Valencia berjaya menjaringkan gol saguhati menenrusi Hugo Duro pada minit ke-88 hasil rembatan jarak dekat. – Berita RTM

Related Articles

Back to top button