Sukan

Jurulatih skuad basikal SUKMA maut kemalangan

Jurulatih skuad berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Muhammad Muslim Marzuki maut akibat kemalangan pada Ahad.

Dipetik laporan media, kejadian berlaku di Kilometer 52 Jalan Kuantan-Maran ketika Muhammad Muslim,22, mengiringi latihan 14 atlet berbasikal dengan menunggang motosikal dari Kuantan menghala ke Temerloh.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan menyebabkan ia terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori,” kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dipetik laporan tersebut.

BACA LAGI:KBS jamin beri sokongan berterusan untuk Azizulhasni

Wan Mohd Zahari berkata kemalangan itu, yang berlaku berhampiran pondok polis Paya Bungor, menyebabkan motosikal dinaiki mangsa rosak teruk manakala lori terbabit, yang dipandu lelaki berusia 43 tahun, mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan.

Mayat Muhammad Muslim dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Back to top button