Politik

‘Sokong PM Anwar demi kepentingan rakyat kawasan saya’ – Mohd Azizi

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim sekali lagi menegaskan keputusan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan dibuat demi kepentingan pengundi kawasannya.

Dipetik laporan New Straits Times, Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut menegaskan beliau bersedia berdepan apa juga tindakan parti susulan langkah itu.

“Saya membuat keputusan ini untuk kepentingan rakyat di kawasan saya,” katanya.

BACA LAGI: Hanya Ahli Parlimen umum sertai parti lain, jadi wakil rakyat bebas akan hilang kerusi

7 November lalu, Mohd Azizi melalui kenyataannya berkata keputusan itu setelah beliau meneliti pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri yang meletakkan hasrat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan untuk rakyat Malaysia.

Justeru beliau percaya dengan memberi sokongan kepada kerajaan, ia akan dapat memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang terbela selain rakyat akan menerima pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur yang mahu diusahakan Kerajaan Perpaduan.

“Saya harap pengundi akan faham dan saya serahkan kepada mereka untuk menilai saya kerana kehadiran saya di Parlimen juga adalah atas kepercayaan mereka,” tambah Mohd Azizi.

Sementara itu mendedahkan susulan keputusannya menyokong pentadbiran Perdana Menteri, beliau telah dihubungi lima pemimpin tertinggi Bersatu, termasuk Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin namun tidak bersedia menjawab panggilan itu.

“Saya menerima panggilan mereka selepas empat tahun menyertai parti itu,” dedahnya.

Related Articles

Back to top button