NasionalParlimen

Kawalan sempadan negara diperketat, tangani isu kemasukan kambing murah dari Thailand – Mohamad

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kawalan sempadan untuk meningkatkan kawalan bagi menangani isu kemasukan kambing murah dari Thailand.

Menterinya Mohamad Sabu berkata, selain mengganggu pasaran kambing tempatan, kemasukan kambing itu juga diragui daripada aspek kesihatan kerana tidak melalui pemantauan dan pemeriksaan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Kenapa kambing dari Thailand begitu murah antara sebabnya adalah ia kambing lepas (tidak dijaga), maknanya kita tidak tahu sama ada berpenyakit atau tidak, masuk pun tidak lalui pemeriksaan JPV.

“Untuk itu kita akan minta pihak penguatkuasaan di sempadan untuk bertindak termasuk mengadakan pemeriksaan lebih kerap bagi menangani isu ini,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai langkah diambil kerajaan dalam menangani rungutan penternak kambing tempatan berhubung lambakan kambing murah dari Thailand yang dijual pada harga RM100 hingga RM250 seekor di pasaran ketika ini.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button