Negeri

Selangor dijangka tambah kutipan RM100 juta pada 2024 – MB

Kerajaan negeri Selangor dijangka menambah kutipan hasil negeri sekitar RM100 juta tahun depan menerusi pelaksanaan tiga strategi baharu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini meliputi perkongsian dividen anak syarikat sebanyak RM40 juta selain fi pejabat (RM50juta) dan caruman parit yang dianggarkan RM10 juta.

“Maknanya dari tiga langkah pertama ini, kita menjangkakan akan menambah RM100 juta daripada kutipan-kutipan yang tidak dapat dikutip atau tidak sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, kita sedang buat penilaian. Kadang kala kenaikan-kenaikan yang dikenakan itu agak kecil dan setiap jabatan juga menunjukkan kadarnya.

“Kita akan melihat kepentingan antara peningkatan fi dengan perkhdmatan yang diberikan perkhidmatan awam dan juga yang dinikmati rakyat selangor,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Azmizam Zaman Huri (PH- Pelabuhan Klang) yang ingin mengetahui peningkatan kutipan hasil strategi kerajaan negeri.

Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua turut menjelaskan sumber tanah menyumbang sebanyak 80 peratus kepada hasil Selangor iaitu kira-kira RM1.6 bilion bagi tahun 2022 atau RM1.9 bilion sehingga 9 November lalu.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button