Kegagalan kepimpinan punca Ahli Parlimen PN alih sokongan
Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memerlukan sokongan tambahan dengan cara salah dan terdesak, tegas seorang bekas Senator.
Siti Aishah Shaik Ismail yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata begitu melalui satu kenyataan sebagai mengulas tuduhan jahat Ahli Parlimen Machang yang cuba mengaitkan integriti Perdana Menteri dalam isu peralihan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN kepada kerajaan.
Mengulas dakwaan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu semalam yang mendakwa terdapat dua individu dikenali sebagai “Datuk Botak” dan seorang bekas setiausaha politik sebagai individu bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang kepada Anwar, Siti Aishah berkata, spekulasi tanpa bukti seperti itu wajar dihentikan.
“Fitnah jahat yang cuba dimainkan oleh Wan Ahmad Fayhsal bukanlah sesuatu yang baru kerana beliau sememangnya terkenal dengan sikap meraih populariti murahan.
“Nasihat saya beliau menggunakan segala fakta dan bukti kukuh yang ada sebagai asas memulakan proses perundangan berbanding dari membuat spekulasi,hanya bersandarkan kepada video dan maklumat umum yang diperoleh dari hantaran tiktok,” kata Siti Aishah.
BACA LAGI: Lebih ramai akan sokong PM Anwar jika Ketua Pembangkang tak mahu bincang peruntukan
Sementara itu dalam kenyataan sama, Siti Aishah menyarankan pembangkang supaya melakukan semak imbang dalam kerjasama antara mereka.
Kegagalan kepimpinan sedia ada jelasnya menjadikan Pucuk pimpinan PN sudah tidak dihormati lagi sehinggakan MP dikalangan mereka sendiri melakukan sesuatu yang diluar kawalan mereka.