Anwar

Malaysia terus pendekatan hubungan dengan AS, China secara pragmatik – PM Anwar

Selaras peningkatan persaingan strategik antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Malaysia akan meneruskan pendekatan hubungan dengan kedua-dua negara itu secara pragmatik dan bijaksana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan rapat itu akan terus dikekalkan kerana ia akan memberi manfaat lebih besar dan strategik kepada Malaysia.

“Kita bekerjasama dengan rakan-rakan untuk meminimumkan risiko, iaitu konflik langsung atau pemecahan ekonomi global kepada blok-blok tertentu.

“Saya tidak percaya konflik bersenjata antara kuasa besar sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kuasa pertengahan seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan ketegangan menerusi diplomasi kreatif,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di University of California, Berkeley di San Francisco, hari ini.

Lebih 250 penuntut universiti itu hadir mendengar syarahan khas beliau bertajuk ‘Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific: The View from Southeast Asia’.

Anwar berkata, masih ada ruang untuk meneruskan hubungan kukuh dengan AS dan China terutama dalam bidang seperti perubahan iklim, peralihan tenaga, pendidikan dan hubungan antara rakyat yang menawarkan ruang kerjasama.

Menyedari percanggahan pasti akan timbul, Malaysia masih melihat nilai dalam penglibatan dengan Washington dan Beijing, kata beliau.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button