Semasa

Siasatan polis mampu jawab tohmahan dilempar lepas sokong PM Anwar – Ahli Parlimen Labuan

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mengalu-alukan tindakan parti Bersatu membuat laporan polis berhubung dakwaan empat Ahli Parlimen disogok untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Suhaili dipetik laporan media berkata, siasatan itu disifatkannya mampu menjawab segala tuduhan dilemparkan terhadapnya oleh pelbagai pihak terhadapnya.

“Biarlah dia (Bersatu nak buat laporan polis), biar polis buat kerja, kita nak takut apa kita tidak ada buat apa-apa pun.

“Kamu (polis) semaklah di mana-mana pun (kalau ada kesalahan), kalau tidak ada, tidak adalah (sebarang kesalahan),” katanya.

BACA LAGI: Kelemahan Muhyiddin sendiri jadi punca 4 ahli parlimen alih sokongan – Shahrir Samad

Suhaili sementara itu turut sekali lagi menyatakan pendirian bahawa keputusannya menyokong Kerajaan perpaduan bukan kerana diugut atau disogok, sebaliknya demi kepentingan pengundi kawasannya.

Selain Suhaili, turut mengisyitiharkan sokongan kepada Anwar, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Zahari Kechik (Jeli), dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Dalam perkembangan berkaitan, tiga daripada empat ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang baru-baru ini beralih sokongan untuk menyokong Perdana Menteri telah dipindahkan tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

Selain Suhaili, dua lagi ahli parlimen terbabit ialah Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.

Related Articles

Back to top button