Semasa

Wan Ahmad Fayhsal tabur fitnah demi kepentingan politik diri sendiri – Farhash

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak, membidas tuduhan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengaitkan dirinya dengan usaha menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri.

“Saya dengan sekeras-kerasnya mengecam dan menafikan tuduhan-tuduhan fitnah yang tidak benar dan tidak berasas yang dilontarkan terhadap saya.

“Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang dakwaan tidak benar dan tidak berasas oleh Wan Ahmad Fayhsal tersebut.

“Disebabkan oleh fitnah tersebut, saya merasa terpanggil untuk menyatakan bahawa tuduhan itu telah dibuat dengan niat jahat dan tanpa sebarang bukti langsung,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang dalam sidang media di Parlimen mendakwa terdapat dua individu dikenali sebagai “Datuk Botak” dan seorang bekas setiausaha politik sebagai individu bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang kepada Anwar.

BACA LAGI: Berhenti cari keburukan, sebar fitnah dan jatuh menjatuhkan: Sultan Perak

Menyifatkan tuduhan itu berniat jahat dan dijadikan sebagai alatan politik untuk menyebarkan khabar angin, Farhash menegaskan beliau akan membuat laporan polis dan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

“Saya sudah lama tidak terlibat dengan kancah politik, dan kini hanya menjalankan kehidupan sebagai ahli perniagaan.

“Saya tidak faham mengapa saudara Wan Fayhsal telah melontarkan fitnah sedemikian terhadap saya dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dan kehormatan diri saya, demi kepentingan politik beliau,” tambah Farhash.

Related Articles

Back to top button