Semasa

Dr Mohammad Agus hantar surat letak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dilaporkan telah menghantar surat peletakan bagi jawatan itu berkuat kuasa pada 15 Disember ini.

Bagaimanapun menurut sumber, surat berkenaan belum dilihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih berada di luar negara.

Mohammad Agus juga difahamkan sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh tersebut.

Pada Ogos lalu, seorang pemimpin DAP menyarankan agar kerajaan menukar Ketua Pengarah J-KOM berikutan kegagalan agensi itu dalam penyampaian maklumat, terutama berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim, menyarankan pertukaran itu dilakukan berikutan banyak manfaat dan insentif diperkenalkan kerajaan dalam membantu rakyat tidak diketahui masyarakat.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button