Semasa

KSM tingkat penguatkuasaan, pastikan amalan ‘buruh paksa’ dihapuskan

Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap akta-akta perburuhan bagai menangani amalan diskriminasi

Melalui satu kenyataan, KSM berkata langkah itu penting bagi memastikan tahap pematuhan oleh semua majikan dan juga premis pekerjaan dipertingkatkan dari semasa sekaligus membebaskan negara daripada amalan ‘buruh paksa’.

“KSM bersama semua jabatan dan agensi di bawahnya akan terus komited dalam mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap semua akta yang sedang berkuatkuasa ke atas semua pihak tidak kira dalam apa jua sektor termasuk pasar borong,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Menteri KSM, V.Sivakumar menyertai Ops Pasar Borong Kuala Lumpur (KL) membabitkan pemeriksaan terhadap 480 majikan dengan anggaran 5,000 pekerja tempatan.

Operasi seumpamanya juga bertujuan untuk mengesan pekerja yang tidak diberi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sivakumar ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya ada menerima beberapa aduan yang mengatakan terdapat ramai majikan di pasar borong, tidak menjaga pekerja termasuk tidak membayar gaji pekerja.

“Saya juga ada terima aduan majikan tak bayar gaji pekerja jadi kita nak pastikan apakah ia benar berlaku atau tidak di pasar borong.

“Ia adalah masalah serius dan tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas majikan jika pekerja tidak dapat manfaat berkenaan.

“Kami akan memastikan semua pekerja di pasar borong tidak menghadapi sebarang diskriminasi,” jelasnya.

BACA LAGI: KSM pastikan Malaysia bebas amalan ‘buruh paksa’

Dalam perkembangan lain Sivakumar berkata, sebanyak 1,654 kertas siasatan berjumlah lebih RM4.3 juta dikeluarkan merangkumi Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Perintah Gaji Minimum 2022.

Jelasnya, statistik penguatkuasaan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) itu adalah jumlah yang dicatatkan bermula Januari sehingga Oktober, tahun ini.

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 357 kertas siasat dikenakan denda dengan nilai RM391,236, manakala 775 lagi dikenakan kompaun berjumlah RM3,958,500.

Related Articles

Back to top button