Malaysia bantu permudah cara pensijilan halal produk Peru – PM Anwar
Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra meminta Malaysia agar mempertimbangkan pembukaan sebuah pejabat di Peru untuk membantu memudah cara pensijilan halal bagi produk Peru.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala dengan Boluarte berjanji akan mempertimbangkannya memandangkan pensijilan halal Malaysia diiktiraf di seluruh dunia.
“Dalam pertemuan tersebut Presiden Boluarte memohon Malaysia mempertimbangkan pembukaan sebuah pejabat di Peru untuk menjadi pemudah cara pensijilan halal bagi produk di negara tersebut.
Presiden Boluarte turut mempelawa saya dan ke Peru tahun depan, sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang akan dipengerusikan negara itu, katanya menerusi hantaran di Facebook.
Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Peru kerana menyelamatkan 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa eksploitasi dan perdagangan manusia di negara itu, baru-baru ini.
Baca lagi: