Malaysia-Vietnam tangani isu penangkapan ikan secara haram di perairan
Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi mengatasi isu pencerobohan perairan negara oleh nelayan Vietnam.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mematuhi kod tatalaku Laut China Selatan.
“Kami juga membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa agar perbincangan Kod Tatalaku di Laut China Selatan dapat segera dimuktamadkan.
“Turut dibincangkan adalah terkait kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam meliputi pelbagai bidang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec Ke 30 di Moscone Centre, San Francisco, hari ini.
Isu pencerobohan nelayan Vietnam telah mengakibatkan negara kehilangan hasil laut dianggarkan lebih 70 bilion ringgit sejak 2010.
Malaysia telah mengambil tindakan tegas termasuk menenggelamkan bot rampasan untuk dijadikan tukun tiruan.
Kedua-dua pemimpin juga membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama serta perdagangan dua hala.
Vietnam meminta Malaysia membantu kemasukan produk halal daripada negara itu dan bekerjasama dalam pensijilan halal.
Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri turut menjemput Presiden Vietnam mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia tahun depan.
Baca lagi: