Global

PM Anwar konsisten bela Palestin, tak pernah kategorikan Hamas pengganas

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan dakwaan Concerned Lawyers for Justice (CLJ) kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengkategorikan Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas.

Fahmi berkata, beliau mengikut dengan teliti kenyataan Perdana Menteri sama ada di Parlimen, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau syarahannya di University of California, Berkley dan tidak pernah sekali pun Anwar menyebut atau membayangkan Hamas sebagai organisasi bersifat pengganas.

“Mana ada kenyataan baru-baru ini. Mana ada dia cakap, walaupun di Parlimen.

“Ini (dakwaan CLJ) satu sindiran, beliau tidak pernah menyindir (sedemikian). Kita mengutuk semua tindakan keganasan,” kata Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan kepada media Malaysia di San Francisco.

Dalam satu kenyataan, CLJ mendakwa Anwar telah menyindir bahawa Hamas merupakan sebuah organisasi pengganas dan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap perkara itu.

Fahmi sementara itu menggesa CLJ meneliti semula dan memperbetul dakwaan tersebut.

Sebagai rekod Anwar konsisten membela perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka dari serangan udara dan darat berterusan oleh rejimIsrael.

Malah beliau menyuarakan situasi itu ketika menyertai Majlis Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC yang turut disertai Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden serta seluruh pemimpin ekonomi anggota.

Related Articles

Back to top button