Semasa

KPKT peruntukkan RM57.7 juta untuk perkasa fasiliti Unit Udara Bomba

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukan RM57.695 juta kepada Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kesemua peruntukan itu diluluskan menerusi Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah Rolling Plan Keempat (RP4), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tahun 2024 yang bertujuan untuk memperkasa pembangunan fasiliti serta prasarana bahagian itu.

“RM46.495 juta diperuntukan bagi projek fizikal penyelenggaraan helikopter dan aircraft refueller dan sambungan projek pembinaan Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Subang melibatkan bangunan pentadbiran sektor logistik, bengkel kejuruteraan, heliport, stesen bahan api pesawat serta kemudahan-kemudahan lain berjumlah RM10 juta.

“Selain itu, kita juga memperuntukan RM1.2 juta bagi projek sambungan perolehan peralatan khas menyelamat helikopter melibatkan 10 unit payung terjun dan satu set Underslung Tactical Rescue Platform,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata begitu pada ucapan di Majlis Perasmian Pangkalan Udara Wilayah Utara dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Bahagian Udara JBPM di Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam di Kepala Batas yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin.

BACA LAGI: KPKT beri komitmen selesai 13 projek sakit PRIMA menjelang 2024

Sementara itu Akmal Nasrullah turut memaklumkan, kementeriannya kini dalam usaha membuat permohonan bagi perolehan empat unit helikopter baharu untuk kegunaan JBPM.

“Dua unit bagi pelaksanaan penerbangan Emergency Medical Air Ambulance and Rescue Services (EMARS) manakala dua unit lagi untuk penggantian bagi kegunaan bomba.

“Walau bagaimanapun, KPKT dan JBPM masih dalam proses melaksanakan kajian analisis kos dan manfaat bagi cadangan tersebut selaras dengan ulasan yang diberikan Kementerian Ekonomi,” katanya.

Related Articles

Back to top button