AnwarGlobal

PM Anwar bertemu pakar teknologi, tokoh perniagaan Islam di AS

Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan dan pakar teknologi dalam kalangan Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah bertemu Pengarah Pemasaran Komersial SpaceX, Omar Kunbargi; Ketua Pegawai Eksekutif Rembrand, Omar Tawakol; Ketua Pegawai Eksekutif Ornovi, Fauad Hasan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Z2Data, Mohammad Ahmad; Presiden Whizz System, Muhammad Irfan dan Ketua Perhubungan Z2Data, Osama Ahmad.

Beliau dengan pakar-pakar terlibat berbincang mengenai keperluan untuk memberi lebih perhatian berkaitan bidang kecerdasan buatan (AI), pendidikan dan aeroangkasa.

BACA LAGI: PM Anwar konsisten bela Palestin, tak pernah kategorikan Hamas pengganas

“Mereka juga menyatakan minat untuk melabur di Malaysia selepas mendapat penjelasan yang jelas mengenai hala tuju negara,” jelas Anwar.

Sementara itu jelas Anwar, pada pertemuan itu mereka turut membincangkan situasi yang menimpa warga Palestin ketika ini, selain soal pembangunan umat Islam di AS.

“Mereka turut menyatakan dukungan dan penghargaan atas pendirian keras dan istiqamah Malaysia mengenai penderitaan warga Palestin,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berada di AS bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Related Articles

Back to top button