Sukan

Kejohanan Wushu Dunia: Malaysia kutip 1 emas, 3 Perak dan 2 pingat gangsa

Skuad wushu negara mempamerkan aksi cemerlang di Kejohanan Wushu Dunia di Texas, Amerika Syarikat (AS).

Pada acara tersebut, atlet berpengalaman negara, Wong Weng Son menghadiahkan emas buat kem negara apabila mengungguli acara changquan lelaki selepas mengutip 9.826 mata.

Seorang lagi atlet negara yang beraksi dalam acara itu, Clement Ting meraih gangsa selepas mencatatkan 9.800 mata, kurang 0.003 mata di belakang pemenang perak dari Indonesia.

BACA LAGI: Atlet mendayung bawa pulang pingat emas dari China

Tidak sekadar itu, skuad negara turut mengutip tiga pingat perak melalui Loh Ying Ting dalam acara changquan wanita, Clement Ting (daoshu lelaki) dan Sydney Chin (Taijijian wanita).

Bekas juara dunia nandao wanita 2019, Tan Cheong Min bagaimanapun sekadar meraih gangsa dalam acara nangun wanita, tewas kepada atlet Vietnam (emas) dan Hong Kong (perak).

Sementara itu, Jurulatih wushu kebangsaan, Koo Chee Zhong berkata, dia berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan atlet negara yang mempamerkan semangat juang tinggi biarpun mengalami selesema sejak tiba di AS.

Atlet negara juga berpeluang menambah kutipan pingat melalui 10 lagi acara yang bakal dipertandingkan.

Related Articles

Back to top button