Semasa

Tuduhan Ahmad Samsuri tak tepat, tegas Fuziah Salleh

Seorang timbalan menteri membidas tuduhan calon Perikatan Nasional (PN) PRK Kemaman yang mengaitkan ketiadaan pengganti jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam tempoh panjang sebagai kegagalan.

Fuziah Salleh yang merupakan Timbalan Menteri bagi portfolio itu berkata, walaupun jawatan itu setakat ini belum terisi, namun ia tidak menjejaskan hala tuju dan gerak kerja kementerian itu terutama menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Saya tidak rasa kerajaan gagal kerana program dan hala tuju kementerian tidak terjejas walaupun tiada menteri penuh kerana kita masih ada pemangkunya. Saya tidak melihat ia satu kegagalan kepada Perdana Menteri, mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu maksud tersirat kepada beliau.

“Cuma, saya ingin tegaskan di bawah kerja KPDN tidak terjejas walaupun kita terpaksa buat kerja tambahan tetapi dasar berjalan seperti biasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program sempena Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

BACA LAGI: KPDN tambah baik inisiatif Jualan Rahmah mulai tahun hadapan

Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini menggunakan isu ketiadaan pengganti bekas Menteri KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai bahan kempennya.

Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali untuk memangku jawatan itu.

Sementara itu Fuziah menambah, pelantikan jawatanseseorang menteri kabinet adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Related Articles

Back to top button