Global

Afrika Selatan gesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa keluar waran tangkap ke atas Benjamin Netanyahu

Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjelang pertengahan Disember ini.

Menurut Menteri Kepresidenan negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, seandainya tidak berbuat demikian, ia memberi gambaran ‘kegagalan sepenuhnya’ ICC terhadap mengelola isu-isu global.

“Dunia tidak boleh hanya sekadar berpeluk tubuh dan melihat (kezaliman),” tegas Ntshavheni.

Zionis Israel mendakwa mempertahankan diri mereka sejak serangan yang dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu yang menyebabkan 1,200 rakyatnya terkorban, sementara 200 lagi menjadi tebusan pasukan pejuang dari Palestin itu.

Sejak sekian lama, Afrika Selatan antara negara yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Negara itu juga telah mengumumkan keputusan memanggil semula diplomatnya di Israel dan mencadangkan kedudukan Duta Israel di Pretoria sudah seperti ‘sukar dipertahankan atau dikekalkan’ ekoran tekanan yang dikenakan. – AGENSI

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button