Semasa

MOSTI lancar agenda Force For Good, perkasa usaha lindungi alam sekitar

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan agenda Force For Good di bawah Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) pada Isnin.

Menteri MOSTI Chang Lih Kang, inisiatif tersebut yang tujuannya untuk memperkasa usaha melindungi alam sekitar melibatkan empat teras utama yang selari dengan usaha kerajaan mencapai sasaran pengurangan perlepasan karbon negara sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

“MRANTI secara rasmi melancarkan agenda Force For Good iaitu inisiatif yang tertumpu pada perlindungan alam sekitar, peningkatan komuniti, tadbir urus yang baik dan membentuk tenaga kerja yang dinamik.

“Komitmen ini mencerminkan usaha kolektif untuk meningkatkan standard operasi untuk persekitaran yang lebih hijau, selamat dan lebih inklusif,”jelasnya.

Lih Kang sebelumnya hadir melancarkan Food Security Sandbox, Force For Good dalam Persidangan I-Nation anjuran MRANTI di Bangsar. Hadir menyaksikan pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Datuk Rais Hussin.

BACA LAGI: Kuasa beri amaran, Kelantan berdepan bencana jika pengubahsuaiann KSAS diteruskan

Sementara itu tambah beliau, Malaysia boleh menjadi destinasi terunggul dalam penerapan kelestarian (ESG) di rantau ini.

Ketika ini ujarnya, kerajaan menerusi agensi berkaitan sedang menjalankan usaha menyahkarbon penjanaan tenaga, menggalakkan ekonomi pekeliling, mengurangkan banjir, memastikan bekalan air bersih mencukupi, melindungi keselamatan makanan dan mengubah mobiliti.

“Dari segi peralihan tenaga, kami menyasarkan untuk menambah baik tenaga boleh diperbaharu negara, dengan kapasiti daripada 25 peratus pada masa ini kepada 40 peratus pada 2035,” jelasnya sambil memaklumkan MRANTI komited menjadi taman inovasi neutral karbon pertama di negara ini menjelang 2035.

Menyentuh mengenai Inisiatif Food Security Sandbox, beliau berkata ia usaha meningkatkan tahap sara diri (SSL) industri pertanian menerusi teknologi dan inovasi baharu.

“Food Security Sandbox menawarkan syarikat pemula dalam bidang keselamatan makanan, seperti teknologi agrikultur, drone, variable rate technology (VRT), sistem kedudukan global (GPS), Sistem maklumat geografi (GIS) atau Internet Pelbagai Benda (IoT).

“Ia untuk mengakses tapak ujian yang terletak di Pendang, Kedah dan Chuping, Perlis dengan tanah seluas 100 hektar dan pembiayaaan tambahan untuk mempercepatkaan inovasi pengkomersilan mereka.

“Menerusi inisiatif ini kita menjangkakan tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran makanan tempatan. Meningkatkan produktiviti, hasil dalam industri pertanian, mengurangkan kos buruh atau tenaga kerja yang diperlukan ketika isu kekurangan buruh bagi sektor pertanian,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button