Anwar

PM Anwar beri jaminan kelantangan Malaysia isu Palestin tidak jejas pelaburan negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pendirian Malaysia menyokong Palestin tidak akan menjejaskan ekonomi serta hubungan negara dengan pelabur asing termasuk Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, ia terbukti apabila Malaysia meraih komitmen pelaburan RM63 bilion menerusi beberapa pertemuan dua hala yang diadakan di luar sidang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, APEC di San Francisco, baru-baru ini.

“Ini penting kerana ada yang melahirkan kebimbangan bahawa sikap tegas kita berdepan dengan AS dan beberapa negara Eropah itu, akan menjejaskan ekonomi.

“Tentulah kita memantau terus, tapi setakat ini saya memberikan jaminan bahawa menemui beberapa pelabur Amerika keutamaan masih diberikan berdasarkan politik yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia termasuk pandangan bahawa serangan ke atas Palestin perlu dihentikan segera dan tidak lagi boleh ditangguhkan.

Tambahnya, setiap ruang dan peluang di persidangan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh wakil kerajaan termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz untuk menjelaskan komitmen Malaysia ketika pertemuan dengan pelabur asing, yang membawa hasil pelaburan berkenaan.

Selain itu katanya, kelantangan beliau membela penduduk Palestin tidak bermakna kerajaan tidak prihatin dengan kebajikan kaum minoriti di negara ini.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button