Uncategorized

Kerajaan setuju tubuh jawatankuasa khas angkat martabat Mahkamah Syariah

Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Perkara itu dinyatakan beliau pada sesi pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa .

BACA LAGI: Jangan putarbelit, petisyen Nik Elin tak lemahkan kedudukan Islam – Tengku Maimun

Mengulas lanjut perdana menteri berkata, Majlis Raja-Raja juga berminat dan memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam.

“Setakat ini nama-nama (individu yang) menganggotai jawatankuasa khas ini sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan prosesnya mereka akan dan mesti berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Kerajaan Negeri sebelum apa-apa perkara dimuktamadkan,” jelasnya.

Menurut beliau, ada keperluan untuk membincangkan isu Mahkamah Syariah susulan beberapa kaedah dilaksana di negeri tertentu dianggap agak keras.

“Kurang setuju kalau kita langgar prinsip-prinsip yang disebutkan, namun apa sahaja cadangan jawatankuasa ini nanti, haruslah dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button