Semasa

KPKM peruntukkan RM1.8 juta untuk latihan keusahawanan melalui Agrobank

Kerajaan terus akan berusaha untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, menepati kehendak pasaran, berkualiti dan selamat dimakan.

Bagi tujuan itu, sebanyak RM1.8 juta dana dari Unit Agropreneur Muda Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah diperuntukkan kepada Agrobank yang bakal bertindak sebagai fasilitasi dalam penyediaan modul dan juga latihan bimbingan melalui Agrobank Centre of Excellence (ACE).

“Dengan peruntukan dana yang diberikan untuk pembangunan infrastruktur projek, bimbingan teknikal daripada syarikat peneraju dan juga latihan keusahawanan melalui Agrobank saya yakin keberhasilan program ini dapat dicapai dan seterusnya menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian,” jelas Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu sebelumnya menyerahkan peruntukan itu dalam sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh pada Selasa.

BACA LAGI: Agihan kouta benih padi dikaji semula, elak masalah kurang bekalan

Sementara itu melalui satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin memaklumkan, setakat ini sebanyak lima Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan satu Kolej Vokasional telah menyertai program Pembangunan Belia Tani di Kalangan Siswazah (PROBEST) yang telah dimanfaatkan oleh hampir 100 peserta secara keseluruhan.

“Melalui program ini saya yakin dapat memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan belia mengenai peluang pekerjaan berpendapatan tinggi melalui bidang pertanian selain membantu pelajar asnaf menjana pendapatan dan menampung keperluan sara hidup yang tinggi pada ketika ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button