Parlimen

RUU produk merokok penting, akan dibentang segera – Dr Zaliha

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkanke persidangan Dewan Rakyat selewat-lewatnya minggu depan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata Rang Undang-Undang ini penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok yang telah dibuktikan secara saintifik akan memudaratkan kesihatan

“Ini adalah bagi menangani isu kelompongan terhadap gel nikotin yang telah dikecualikan daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952, pada April lepas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

BACA LAGi: RUU sekat sebar agama lain kepada umat Islam sedang diusahakan

Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok.

Dr Zaliha sementara itu berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan pindaan cadangan rang undang-undang itu dengan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan Peguam Negara untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Related Articles

Back to top button