Politik

AMK tidak boleh lagi jadi pencadang, sebaliknya sebagai pelaksana – Adam Adli

Idealisme yang diperjuangkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu berubah untuk bergerak seiring dalam menjadi sebahagian nadi penggerak kepada Kerajaan Perpaduan.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, hasrat itu perlu diselaraskan dengan perjuangan hari ini yang tidak lagi bercirikan mendesak dan bersuara.

“Dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sekarang, tidak kira berjawatan atau tidak, tidak boleh lagi hanya menjadi pencadang, sebaliknya harus ikut sama-sama jadi pelaksana.

“Apabila menyinggung soal melaksana, ternyata ianya jauh sukar daripada yang dijangka.

“Setahun berlalu, biar pun kita boleh menarik nafas lega melihat kestabilan kepimpinan yang kini sedang dikecapi oleh Kerajaan Perpaduan, masih muncul cabaran lain yang jauh lebih berbisa.

“Apakah kita juga cukup yakin dan sedia dengan arah yang sedang dilakar oleh kita sendiri?” katanya
ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan AMK 2023 di PICC Putrajaya, hari ini.

Turut hadir menyaksikan ucapan tersebut, Ketua Pemuda Umno, merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dalam pada itu, Adam Adli mahu AMK memperkasakan kewibawaan sayap parti sebagai pendukung utama kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai Angkatan Muda Keadilan, kita harus sedia menerima tanggungjawab yang amat berat dan tidak mudah.

“Setelah bersusah kita dalam mencapai kemenangan, kini masanya tiba untuk kita mengisi kemenangan tersebut,” katanya.

Sebagai pendukong utama kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR, Adam Adli berkata ia menjadi tugas bagi sayap berkenaan untuk muncul sebagai mata dan telinga yang menyambung suara anak-anak muda di negara ini.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button