Kedudukan Kerajaan Perpaduan, PM Anwar semakin kukuh dan stabil ketika ini – Rafizi
Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menegaskan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada keadaan yang sangat stabil ketika ini.
Beliau berkata, dapatan itu diperolehi melalui kaji selidik terkini yang dijalankan oleh partinya.
“Berdasarkan pandangan kami (PKR), kaji selidik kami (PKR) ia menunjukkan bahawa keadaan ‘status quo’.
“Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada keadaan yang paling stabil sekarang kerana politik dalaman yang stabil
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Rafizi dalam ucapan perasmian Majlis Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan menyeru kepada pembahas-pembahas yang akan mengambil bahagian nanti untuk melontarkan hujah yang berkualiti selaras dengan kemudahan fasiliti yang dianjurkan.
Hal itu, katanya, berbanding dengan penganjuran konvensyen sebelum-sebelum ini, konvensyen pada kali ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung dengan penuh selesa dan mewah.
“Berbanding dahulu, kongres kali ini (2023) adalah paling gempak dan selesa dalam sejarah parti dengan tempat yang sudah cantik dan selesa.
“Justeru, saya harap agar perbahasan dan kupasan sama taraf dengan tempat ini,” katanya.
Baca juga: