Semasa

KPDN ambil langkah pastikan stok makanan asas mencukupi dikawasan terkesan banjir

Kerajaan akan memastikan bekalan makanan asas mencukupi terutama di kawasan yang berisiko banjir.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) , Fuziah Salleh berkata, pihaknya akan memberikan lesen khas kepada pemborong di negeri terbabit untuk menambah stok simpanan barangan keperluan asas.

Ia sebagai persediaan memastikan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung dikawasan terbabit tidak terputus.

“Kita sudah mengeluarkan arahan kepada negeri-negeri yang selalu terlibat dengan banjir untuk memberi lesen khas (kepada pemborong) untuk menambah simpanan stok mereka.

“Kelantan sudah pun memulakan di mana mereka telah melantik lebih 100 pemborong…mereka menambah stok 30 peratus supaya kalau terputus bekalan, mereka sudah ada simpanan stok tambahan di pemborong-pemborong yang dilantik KPDN,” katanya.

Fuziah berkata begitu kepada pemerita di Simposium Kewangan Mampan 2023 di Bangunan Parlimen pada Jumaat.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini (26 Nov).

Melalui satu kenyataan METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi keseluruhan daerah di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang manakala di Perak melibatkan beberapa kawasan seperti Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar dan Manjung bermula esok hingga Khamis.

BACA LAGI: Selangor buat persediaan awal hadapi sebarang kemungkinan bencana

Gelombang pertama banjir dilapor telah melanda Terengganu selepas beberapa kawasan dinegeri itu mula dinaiki air.

Beberapa kejadian banjir yang memerlukan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dilaporkan di Kelantan, Kedah dan Perak.

Related Articles

Back to top button