Nasional

PM Anwar pemimpin yang benar-benar serius realisasikan MA63- penganalisis

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang benar-benar serius merealisasikan apa terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) .

Seorang penganalisis politik tempatan, Musli Oli dipetik laporan Bernama berkata, Perdana Menteri Ke-10 itu benar-benar memahami konsep dan prinsip sistem Persekutuan diamalkan serta kepentingannya untuk kemakmuran negara ini, sepertimana Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Mengulas lanjut beliau turut mengakui, dalam tempoh setahun pentadbirannya, Anwar telah melakukan pelbagai usaha mengembalikan hak-hak di negeri Sabah.

“Anwar benar-benar serius dalam memastikan perjanjian pembentukan Malaysia yang dimeterai pada 1963 itu dilaksanakan sepenuhnya seterusnya memberikan impak besar dalam kehidupan rakyat di Negeri di Bawah Bayu itu.

“Keseriusan itu dapat dilihat apabila Anwar bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 berjaya memuktamadkan pelbagai perkara antaranya pemberian kembali kawal selia gas kepada Sabah,” katanya dipetik.

Pada Januari lepas, Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Gas 2023, berikutan pengembalian kuasa kawal selia bekalan gas daripada Persekutuan kepada Sabah yang merupakan langkah digerakkan Anwar dan Hajiji dalam merealisasi MA63.

BACA LAGI: Belanjawan 2024 bukti komitmen PM Anwar tingkat pembangunan Sabah, Sarawak

Sementara itu Musli turut berkata, Anwar wajar diberi pujian terhadap usaha-usahanya termasuk bagi menstabilkan kembali ekonomi negara yang bukan perkara untuk dilakukan.

Selain itu, subsidi bersasar yang dilaksanakan kerajaan pada masa kini juga perlu disokong kerana mampu memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak memperoleh subsidi itu yang penting bagi membantu rakyat Sabah sendiri.

Related Articles

Back to top button