Politik

Duit syiling khas sempena ulang tahun ke-25 PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena ulang tahun ke-25 penubuhan parti itu pada tahun hadapan.

Pengerusi Sambutan 25 Tahun PKR, Wong Chen berkata duit syiling tersebut boleh mula ditempah pada tahun ini dan anggota akan mendapatkannya menjelang sambutan Jubli Perak PKR pada Mei 2024.

“Tahun depan tahun Jubli Perak PKR, satu ‘milestone’ yang sangat penting. Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang lalu Presiden melantik saya sebagai Pengerusi Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25.

“Oleh itu, hari ini saya dengan gembiranya memperkenalkan duit syiling kenang-kenangan bersempena ulang tahun ke-25 PKR hasil reka bentuk syarikat piuter paling terkemuka di dunia iaitu Royal Selangor.

“Harga RM100 untuk (syiling) piuter, boleh ditempah mulai hari ini sampai akhir tahun ini.

“Syiling ikonik emas pula berharga RM500,” katanya dalam Kongres Nasional PKR 2023, hari ini.

Menurut Wong Chen, tiga reka bentuk telah diserahkan kepada Presiden parti berdasarkan imej awal ucapan Reformasi pada 1998.

Presiden, katanya, telah memilih imej beliau berucap pada himpunan mega reformasi di Masjid Negara pada 20 September 1998 sebagai reka muka duit syiling berkenaan.

Wong Chen berharap syiling kenang-kenangan itu akan mendapat sambutan dan dibeli terutamanya oleh pemimpin parti.

“Harap dapat beli syiling ini kerana ini adalah sejarah kita. Akhir kata, Presiden pesan (kepada) Majlis Pimpinan Pusat, Ketua Cabang, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri kena beli (syiling) emas,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button