Politik

Kongres Nasional PKR 2023: Isi perbahasan semua perwakilan akan jadi panduan pemimpin parti – Saifuddin

Segala isu-isu yang dibawa oleh setiap perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sesi perbahasan Kongres Nasional PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan menjadi panduan buat pemimpin parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan ia satu isyarat yang bagus untuk membantu sistem penyampaian kerajaan dengan lebih berkesan.

“Saya menilai hampir kesemua pembahas, pertama memberikan fokus terhadap topik-topik tertentu yang paling penting adalah untuk para pimpinan utama parti mengammbil isyarat daripada situ bagaimana mengambil manfaat daripada cadangan itu.

“Saya bagi contoh perwakilan Sabah misalnya ketika menyentuh mengenai MA63 mencadangkan supaya Menteri Pendidikan mempertimbangkan untuk memasukkan dalam kurikulum sekolah bagaimana isi kandungan peri pentingnya perjanjian 1963 ikut difahami.

“Bukan sahaja oleh penduduk Sabah Sarawak tetapi juga sebagai satu komponen dalam sukatan pelajaran itu satu contoh,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Tambah beliau, isu lain yang disentuh perwakilan adalah berkaitan kemanusiaan iaitu konflik di Gaza.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button