Politik

Parti gabungan Kerajaan Perpaduan perlu sentiasa bermusyawarah – Fadhlina Sidek

Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek mengesa parti itu supaya sentiasa bermusyawarah dengan gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi mempertahankan pentadbiran sehingga tamat tempoh penggal.

Berucap ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Tahunan Wanita parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu beliau mengingatkan bahawa kekuatan Kerajaan Perpaduan bukan hanya bersandarkan kepada KEADILAN semata, malah turut melibatkan gabungan parti daripada beberapa parti politik yang lain.

“Dalam pakatan kita yang besar, ada berbelas parti yang bersama dalam kerajaan. Untuk itu, penting kita memastikan bahawa kekuatan Kerajaan Perpaduan adalah dari segi gabungan.

“(Justeru) saya memohon saudari-saudari mempunyai sedikit kesabaran dan komitmen untuk melihat bahawa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang formulanya berlandaskan muafakat dan juga campuran,” katanya yang juga Menteri Pendidikan.

Kongres Wanita KEADILAN dihadiri seramai 475 perwakilan dan 287 pemerhati.

BACA LAGI: Umno bakal kukuh hubungan dengan parti komponen PH

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu turut mengingatkan para perwakilan agar menyelesaikan sebarang isu dalaman dengan cara profesional termasuk mengadakan mesyuarat.

“Tunjangnya adalah amanah…soal bergaduh, salah faham, tak puas hati dalam urusan parti ini perlu diuruskan secara profesionalisme…kena diuruskan melalui mesyuarat.

“Disiplin-disiplin parti mestilah dipatuhi untuk pastikan soal teras ini benar-benar kita angkat dalam konteks kepimpinan kita,” katanya.

Related Articles

Back to top button