Parlimen

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2024

Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 .

Rang Undang-Undang itu yang dibahaskan sejak 16 Okt lepas diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

BACA LAGI: Belanjawan 2024 jaga kesejahteraan segmen rentan – MIDF Research

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) itu pada 13 Okt lalu.

Belanjawan bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.

Related Articles

Back to top button