Semasa

Kerajaan pastikan ekosistem kesihatan dalam keadaan terbaik

Kerajaan Perpaduan sentiasa komited dalam memastikan ekosistem kesihatan di seluruh negara dalam keadaan terbaik termasuk di negeri ditadbir pembangkang.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu bagi memastikan akses kesihatan untuk rakyat semua rakyat Malaysia.

“Kerajaan juga bersedia memastikan kemudahan kesihatan dipertingkat pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita.

Dr Zaliha ditemui pemberita selepas melawat penduduk di Air Putihdi Kemaman bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Merujuk perkhidmatan kesihatan di Terengganu, Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang memaklumkan pelbagai fasiliti dan kemudahan kesihatan sudah dan sedang dinaik taraf.

Sementara itu beliau menegaskan isu kesihatan merupakan isu yang dekat dengan rakyat, justeru beliau mengambil peluang sempena lawatannya ke kawasan itu menerangkan kepada rakyat mengenai usaha yang telah dan sedang dilakukan Kerajaan Perpaduan.

BACA LAGI: Bekas Panglima ATM, pilihan terbaik untuk Kemaman

Menurut Dr Zaliha, PRK Kemaman merupakan peluang terbaik bagi pengundi di kawasan itu mengangkat seorang wakil rakyat yang sebaris dengan Kerajaan Perpaduan bagi lebih memudahkan perbincangan keperluan mereka dilakukan dan penyampaian bantuan kerajaan pusat.

“Alangkah baiknya jika calon (BN) kita menang (pada PRK Kemaman) dan lebih mudah kerja-kerja kita dalam usaha memberikan yang terbaik dari sudut perkhidmatan kesihatan kepada rakyat,” katanya.

Related Articles

Back to top button