Pilihanraya

Pengundian awal PRK Kemaman hanya libatkan tiga pengundi

Pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Kemaman yang ditetapkan hari ini hanya melibatkan tiga orang pengundi sahaja di Balai Polis Kijal.

Ketiga-tiga pengundi terdiri daripada pasangan Anggota dan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terdahulu, 387 anggota dan pegawai polis serta enam anggota dan pegawai ATM telah diarahkan mengundi secara pos pada 23 dan 24 November lalu.

Bagaimanapun pihak polis dan tentera menukar kaedah mengundi daripada mengundi awal kepada mengundi secara pos bagi memberi tumpuan penuh kepada kerja-kerja menyelamat dan tugasan musim banjir.

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.

Ia membabitkan 141,790 pengundi layak termasuk pengundi pos dan awal, perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baca juga:

Related Articles

Back to top button