Semasa

Polis ketat kawalan ke atas PM Anwar susulan ancaman bunuh

Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Forum Perniagaan Islam Global (GMBF) Edisi Kedua di Kuching, Sarawak malam ini akan diperketat.

Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam.

Menurutnya, pihak polis telah mengatur gerak kerja petugas di lapangan melibatkan semua elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menumpukan aspek penugasan merangkumi kawasan keselamatan ke atas VVIP dan orang ramai, kawalan lalu lintas serta pelan tindakan ke atas perkara di luar jangkaan.

“Secara keseluruhan, seramai 559 orang anggota polis terdiri daripada 70 pegawai kanan dan 489 pegawai rendah telah dipertanggungjawabkan dan bersiap siaga untuk menjalankan tugas dalam sepanjang program ini berlangsung,” katanya.

BACA LAGI: Polis buka kertas siasatan susulan tawaran wang untuk bunuh PM

Difahamkan pihak berkuasa mengetatkan kawalan ke atas Anwar susulan satu hantaran di media sosial oleh seorang lelaki yang menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Ahad memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung ugutan lelaki terbabit.

Beliau turut memaklumkan pihak berkuasa telah memulakan siasatan berhubung perkara itu.

Related Articles

Back to top button