Sukan

Presiden PKBM tutup usia pada umur 82 tahun

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 petang semalam.

Berita kematian Abu Samah itu disahkan anaknya, Norazman yang juga naib presiden PKBM ketika dihubungi pemberita.

Menurut beliau, Abu Samah meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas setahun menghidap kanser prostat tahap empat.

“Kesihatannya semakin merosot sejak dua minggu lalu sebelum dimasukkan ke hospital Ahad lepas kerana tiada selera makan,” katanya dipetik.

Abu Samah memegang jawatan presiden PKBM sejak 1990 dan melakar sejarah baharu dalam arena sukan tanah air apabila menerima Anugerah Merit Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) pada Mei lepas.

Beliau tokoh sukan pertama di negara ini yang menerima Anugerah Merit daripada badan induk dunia – Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), benua – Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan wilayah serantau

Beliau meninggalkan isteri, Halimah Ali, 82, tujuh anak, cucu dan cicit.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok hari ini.

Related Articles

Back to top button