Global

Bekas Setiausaha Negara AS meningal dunia pada usia 100 tahun

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) yang mempromosikan kuasa tentera Washington dalam membentuk dunia pasca Perang Dunia Kedua, Henry Kissinger meninggal dunia pada usia 100 tahun, kata firma perundingnya.

“Dr Henry Kissinger iaitu seorang ilmuwan dan negarawan AS yang dihormati, meninggal dunia hari ini (semalam) di rumahnya di Connecticut,” kata firma Kissinger Associates dalam satu pengumuman.

Menurutnya, keluarga Kissinger akan mengadakan majlis pengebumian peribadi dengan upacara memorial akan diadakan kemudian di New York.

Lahir di Jerman pada tahun 1923, mendiang Kissinger meninggalkan seorang balu Nancy Maginnes Kissinger, dua anak daripada perkahwinan pertamanya, David dan Elizabeth serta lima orang cucu.

Punca kematian Kissinger tidak didedahkan. Beliau masih aktif walaupun usianya telah mencecah satu abad. Pada Julai lalu, Kissinger berlepas ke China untuk bertemu Presiden Xi Jinping. – AFP

Baca juga:

Related Articles

Back to top button