hiburan

PM sampaikan sumbangan buat Mak Jah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan keperihatinan terhadap golongan artis veteran di negara ini.

Terbaharu, beliau meghulurkan sumbangan kepada dramatis Maimunah Ahmad atau Mak Jah yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menerusi satu catatan dalam laman sosialnya Anwar memaklumkan, sumbangan telah disampaikan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

“Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur.

“Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia pemfileman.

“Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah,” tulis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

BACA LAGI: PM Anwar sampaikan sumbangan buat Ibnor Riza, pelakon Fuziah Samad

Mak Jah mula berlakon secara serius melalui drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem pada 1987.

Pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menghidap kanser rahim tahap pertama sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.

Dalam proses rawatan kanser, beliau dilaporkan tidak aktif dalam dunia lakonan selama empat tahun

Sementara itu melalui hantaran sama, Anwar turut mendoakan dramatis yang terkenal dengan watak antagonis itu supaya terus dikurniakan kesihatan yang baik.

“Saya mendoakan Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulisnya.
.

Related Articles

Back to top button