Calon Presiden Indonesia adakan kunjungan hormat ke atas PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto.
Anwar dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pertemuan itu berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya.
Pada pertemuan itu jelasnya, pelbagai isu berkaitan kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia termasuk hubungan dua hala dalam pertahanan dan keamanan negara dibincangkan.
“Semoga hubungan kedua-dua negara serumpun ini terus terjalin erat dan utuh buat selamanya, insya-Allah,” kata beliau.
Sementara itu menurut Anwar, pertemuan itu turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
BACA LAGI: PM Anwar diidolakan sebagai pemimpin muslim rantau ASEAN
Sebagai rekod, Prabowo adalah calon bagi Pilihan Raya Presiden 2024.
Indonesia memulakan kempen pilihan raya presiden 2024 pada Selasa dengan tiga calon bersaing untuk menggantikan Joko Widodo (Jokowi) yang penggal kedua sebagai presiden berakhir pada Okt 2024.
Pada Oktober, bekas gabenor Jakarta dan calon presiden, Anis Baswedan melawat Malaysia untuk bertemu dengan Anwar di Putrajaya