Politik

Peruntukan: penganalisis hairan dengan sikap ‘keras hati’ kepimpinan PN

Perikatan Nasional (PN) sekali lagi digesa mengadakan rundingan dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir yang melahirkan rasa pelik atas sikap pembangkang berkata, kegagalan kepimpinan PN menyelesaikan isu tersebut hanya akan menyebabkan lebih ramai Ahli Parlimen mereka terutama dari parti Bersatu mengalih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Salah satu Q cara terbaik (untuk menghentikan tindakan mengalih sokongan) adalah membuka pintu rundingan dan bersedia untuk bertolak ansur.

“Itu sebaiknya-baiknya (berunding)… Saya tak faham mengapa PN berkeras tidak mahu berunding dengan kerajaan sedangkan kerajaan sedia untuk berunding,” katanya dipetik laporan portal FMT.

BACA LAGI: Lebih ramai akan sokong PM Anwar jika Ketua Pembangkang tak mahu bincang peruntukan

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada Selasa mengumumkan secara terbuka menyokong Anwar.

Keputusan itu jelasnya disebabkan kecewa dengan pendirian PN untuk tidak berunding bagi mendapat peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Sebelum Syed Abdu Husin, empat lagi Ahli Parlimen Bersatu iaitu Azizi Abu Naim (Gua Musang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Zahari Kechik (Jeli) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan, demi kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

Sementara itu dipetik laporan sama, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berpandangan keputusan Ahli Parlimen Bersatu menyokong Anwar bukan sekadar berkaitan isu peruntukan namun lebih kepada krisis kepimpinan dihadapi parti itu sendiri.

“Masalahnya kepimpinan Bersatu hilang arah tuju. Faktor peruntukan itu hanya nak menutup supaya tidak digelar Ahli Parlimen belot kepada parti.

“Ia tidak akan terhenti dengan Bukit Gantang, mungkin ada satu dua lagi (sokong Anwar) terutama apabila Muhyiddin Yassin mengatakan kesanggupan untuk mempertahankan jawatan presiden.” jelasnya.

Related Articles

Back to top button