Anwar

PM Anwar beri bayangan rombakan kabinet sebelum 2024

Rombakan kabinet akan berlaku tidak lama lagi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangannya hari ini.

Anwar telah bersetuju bahawa rombakan kabinet akan dilakukannya sebelum tahun 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Fasa 4C, Presint 8, Putrajaya ketika disoal oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Akmal Afif Yaseer Arafat.

Sebaik mendekati kanak-kanak itu, Anwar kemudian meminta Akmal Afif untuk bertanya soalan kepadanya bagi mewakili wartawan yang turut berada di sana.

“Datuk Seri, bila rombakan Kabinet?,” soal Akmal Afif yang juga murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2).

Anwar kemudian bertanya kembali, “Nama siapa? Akmal nak (rombakan) bila, sebelum atau selepas?”

Kanak-kanak itu kemudian menjawab, “Sebelum 2024,” katanya.

Anwar selepas itu berkata, “Dia (Akmal) jawab sebelum 2024, saya setuju (rombakan Kabinet sebelum 2024). Ok, terima kasih,”.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button