Global

Agong berkenan luang masa bertemu dengan Presiden Uzbekistan di Dubai

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa dengan Presiden Uzbekistan, Tuan Yang Terutama Shavkat Miromonovich Mirziyoyev.

Uzbekistan merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, baik daripada segi eksport dan import.

Beberapa sektor yang menawarkan peluang untuk pelaburan Malaysia di Uzbekistan termasuk minyak dan gas, tenaga, eko-pelancongan, pengurusan fasiliti/pembinaan, telekomunikasi dan perbankan/kewangan Islam.

Ia juga merupakan usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan, Malaysia turut bersedia untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) kali ke-3 antara Malaysia dan Uzbekistan pada tahun 2024.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah bertemu pemimpin-pemimpin negara asing ketika berangkat menghadiri Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Menurut hantaran di Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan meluangkan masa bertemu dan bertukar pendapat dengan Putera Monaco Putera Albert II, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan beberapa ketua serta pemimpin negara asing yang lain.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia serta menyaksikan majlis pertukaran dokumen membabitkan syarikat-syarikat Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini,” menurut hantaran itu.

Turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke COP28, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut berangkat menyampaikan titah, atas persilaan Wanita Pertama Turkiye Emine Erdogan di majlis “Climate Talks for a Green Future” di Turkish Pavillion, hari ini.

COP28 yang berlangsung dari 30 November hingga 12 Disember ini membabitkan 70,000 perwakilan termasuk ketua-ketua negara dan pemimpin dunia untuk melahirkan persetujuan dan memudahkan perkembangan tindakan iklim dalam kalangan pihak berkaitan, perwakilan dan ribuan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat, kumpulan belia dan pihak berkepentingan lain.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button