Semasa

Semua penyedia platform media sosial perlu daftar – Menteri KKD

Semua penyedia platform media sosial termasuk Tik Tok akan diminta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tegas Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) berkata, langkah itu bagi memudahkan proses kawal selia.

“Kita tidak berhasrat untuk menutup platform seperti TikTok dan yang lain, sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara.

“Tapi masa yang sama dengan adanya kebebasan itu, mesti ada tanggungjawab, jadi sekiranya mana-mana pihak termasuk platform yang mungkin tersalah langkah ataupun membuat kenyataan yang ekstremis disebar luar maka boleh diambil tindakan.

“Jadi antara perkara yang kita akan lakukan dalam masa yang terdekat ini adalah memastikan semua platform media sosial mendaftar dengan MCMC, itu adalah salah salah satu perkara yang saya sebut sebelum ini dan sekarang makin jelas,” katanya .

BACA LAGI: Tun M gagal nasihati pembangkang supaya runding peruntukan

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikan kepada pemberita selepas rakaman program di Pusat Penyiaran Aswara di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Fahmi sementara itu berkata, bagi tujuan itu, MCMC sedang menyediakan kerangka dan proses pendaftaran dalam masa sebulan ini, bagi membolehkan platform media sosial berbuat demikian.

MCMC juga jelasnya masih mengumpul beberapa maklumat antaranya pengalaman luar dan perbincangan dengan penyedia platform media sosial di Malaysia bagi tujuan pendaftaran itu.

Related Articles

Back to top button