Sukan

Liga Super 2023: Selangor FC tumpaskan Kedah Darul Aman

Skuad Selangor FC berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi sekaligus memastikan slot ke saingan Asia.

Pada aksi yang penuh sengit di hadapan hampir 21,000 penonton, Kedah memulakan asakan bahaya ke gawang Selangor pada minit kelapan menerusi gerakan J Partiban yang menghantar ke ruang bahaya namun gagal disempurnakan Ifedayo Olusegun.

Selangor memecah kebuntuan apabila penyerangnya, Aaron Del Valle berjaya menjaringkan gol hantaran Brendan Gan pada minit ke-64 sekali gus menceriakan penyokong pelawat.

Kedah cuba bangkit menerusi percubaan Manuel Hidalgo pada minit ke-79 selepas mendapat hantaran pemain gantian Fayadh Zulkifli, namun percubaan itu berjaya diselamatkan Somerville.

BACA LAGI: Skuad Harimau Malaya perbaiki kedudukan dalam rangking dunia

Di hujung babak kedua, pertahanan Kedah, Wan Amirul Afiq hampir membolosi gawang Selangor namun percubaannya tersasar sekali gus mengecewakan penyokong Sang Kenari memaksa kedudukan kekal 1-0 hingga penamat.

Kemenangan itu turut mengesahkan kedudukan Selangor FC selaku naib juara dengan 58 mata sebelum pertembungan terakhir menentang PDRM FC pada 17 Disember ini.

Related Articles

Back to top button